Mission News

BERMULANYA SEJARAH BARU (PERKHIDMATAN FERI DARI MUARA, BRUNEI KE MENUMBOK, SABAH)

05 January 2010 1 views

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Disember 2009, Rabu - Tahap keselamatan begitu diberi perhatian penting sebelum memulakan perkhidmatan feri yang menghubungkan Muara dengan Menumbok di Sabah apabila beberapa langkah diambil bagi setiap kenderaan dan penumpang yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Sementara itu, pelancaran perkhidmatan feri dari Muara ke Menumbok untuk orang ramai bermula hari ini, 30 Disember 2009 dan antara penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Dato' Ku Jaafar Ku Shaari dan rombongan.

Share:
Link copied to clipboard
Back