Mission News

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)

09 September 2022 1 views
TYT Dato' Raja Reza pada 1 September 2022 menerima kunjungan hormat daripada YBhg Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSN yang mengadakan lawatan kerja ke Brunei Darussalam.
 
Di dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak membincangkan status semasa persiapan penganjuran Sukan Malaysia ke 20 (SUKMA XX) yang berlangsung dari 16-24 September 2022 khususnya penyertaan Kontinjen Brunei di dalam temasya sukan dwi-tahunan berkenaan. Selain daripada itu, mereka turut meneroka peluang kerjasama baharu antara MSN dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Brunei Darussalam.
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back