Pada 14 Mei 2024, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan menerima Kunjungan Menghadap Perpisahan oleh TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam di Qashr Al-Meezan.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menzahirkan rasa puas hati terhadap peningkatan hubungan dan kerjasama dua hala kedua-dua negara sepanjang tiga tahun tempoh perkhidmatan beliau di Brunei. Beliau turut menyatakan komitmen teguh Malaysia untuk terus memangkin pengukuhan hubungan istimewa yang telah mencapai empat dekad dengan Negara Brunei Darussalam.
TYT Raja Dato’ Reza merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menerima menghadap.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




