Mission News

LAWATAN BADAN KEBAJIKAN TAMAN UDA ALOR SETAR, KEDAH KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA

19 January 2009 1 views

LAWATAN BADAN KEBAJIKAN TAMAN UDA ALOR SETAR, KEDAH KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA

 

Bandar Seri Begawan, 14 Jan 2009, Rabu - Suruhanjaya Tinggi Malaysia hari ini menerima lawatan dari Persatuan Badan Kebajikan Taman Uda (BAKTI), Alor Setar Kedah. Rombongan seramai 30 orang ini berada di Brunei dari 12 hingga 16 Januari 2009.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Tuan Yang Terutama Dato' Ku Jaafar Ku Shaari menyambut rombongan ini dengan mengadakan satu majlis minum petang bagi meraikan kedatangan mereka ke Brunei.

Dalam ucapan alu-aluan Tuan Yang Terutama, beliau amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Malaysia ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Beliau juga telah menerangkan kepada anggota rombongan mengenai fungsi dan peranan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei.

Sepanjang berada di sini, rombongan tersebut telah berkunjung ke tempat-tempat menarik di Brunei antaranya Royal Regalia dan Muzium.

BAKTI amat bergerak aktif dengan mengadakan lawatan-lawatan ke seluruh negeri di Malaysia dan juga ke negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

 

 

Rombongan Malaysia lawat Kampung Ayer

Suasana mesra jelas terpapar ketika rombongan berada di Kampung Ayer

Terhibur melihat persembahan

Persembahan yang dipertontonkan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Seramai 30 anggota Badan Kebajikan Taman UDA (BAKTI) dari Alor Setar, Kedah, Malaysia, mengadakan lawatan ke Kampung Ayer di rumah Penghulu Mukim Tamoi dan Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong hari ini.

Rombongan berkenaan mengunjungi kediaman Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti Md Salleh. Mereka diberikan taklimat oleh penghulu itu mengenai aktiviti mukim sepanjang tahun, kebudayaan dan cara hidup penduduk Kampung Ayer.

Anggota BAKTI dihiburkan dengan persembahan tradisional, 'Berdondang' oleh penduduk tempatan. Rombongan juga berkesempatan menyaksikan tunjuk cara membuat 'tudung dulang' dan kuih tradisional Melayu Brunei, Penyaram.

Seterusnya rombongan singgah ke rumah Ketua Kampung Tamoi Tengah dan Tamoi Ujong, Tarip Haji Asgar. Mereka juga diberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti Majlis Perundingan Kampung berkenaan dan penglibatan belia kampung sepanjang tahun.

Ihsan Media Permata

Share:
Link copied to clipboard
Back