Pada 1 Mei 2016, Encik Ahmad Fajarazam bin Abdul Jalil, Konsul Jeneral Malaysia telah menerima jemputan ke Mesyuarat Agung Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia (MSAI) di Meenakshi Amal Dental College. Seramai kira-kira 200 pelajar universiti Malaysia telah menghadiri majlis ini. Kebanyakkan daripada pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar perubatan dari Ramachandra Medical University, Saveetha Dental College, Meenakshi Dental College dan Ragas Medical University.
Program ini berjaya merapatkan jalinan persahabatan di antara Konsulat Jeneral Malaysia dan MSAI serta pelajar-pelajar Malaysia di Chennai. Program ini juga memberi ruang kepada pihak Konsulat Jeneral Malaysia untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan serta isu terkini di Malaysia serta membincangkan hal ehwal kebajikan pelajar.