Mission News

Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim

28 March 2024 1 views
Pada 27 Mac 2024, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan dengan kerjasama PETRONAS Carigali Brunei Ltd (PCBL) telah menganjurkan Majlis Iftar bersama 32 anak-anak yatim dari daerah Brunei Muara serta penjaga mereka.
 
Majlis dimulakan dengan upacara penyampaian sumbangan duit raya dan baju raya kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan Puan Nenisurya binti Dato’ Hashim, Country Head PCBL.
 
Majlis Iftar dan penyampaian sumbangan Hari Raya Adil Fitri bersama anak-anak yatim di Brunei Darussalam ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia bersama PCBL sempena bulan Ramadan.
 
Objektif utama majlis ini adalah untuk menyemarakkan amalan berkongsi rezeki dengan golongan yang tidak berkemampuan. Ia juga merupakan satu bentuk tanggungjawab sosial (corporate social responsibility) Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan PCBL kepada masyarakat di Brunei Darussalam.
 
Majlis turut dihadiri kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, PCBL dan wakil dari pertubuhan bukan kerajaan - Hand4Hand Brunei.
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back