Pada 29 November 2022, TYT Raja Dato' Reza dan isteri, YBhg Datin Roslina Ismail telah diundang sebagai Tetamu Kehormat di Majlis Konvokesyen Sekolah Nusa Laila Puteri bertempat di Aman Hills. Beliau telah menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada pelajar Tahun 11, pelajar-pelajar cemerlang yang memperolehi 5A serta pelajar Tahun 6 dari ketiga-tiga cawangan Sekolah Nusa Laila Puteri.
Dalam ucapan beliau, TYT Raja Dato' Reza menasihatkan pelajar-pelajar untuk terus berusaha dengan gigih bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Beliau juga memuji usaha tenaga pengajar dan para ibubapa yang turut memainkan peranan penting dalam membimbing dan memotivasikan pelajar-pelajar ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malahan turut berjaya dalam bidang kokurikular.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




