Majlis Meraikan Ketibaan Pegawai Baharu dan Ahli PERWAKILAN Baharu
Rabu, 26 Jun 2019, Bandar Seri Begawan – Satu majlis minum petang telah berlangsung pada hari ini jam 4.00 petang bagi meraikan ketibaan pegawai yang baharu iaitu En. Mohd Nur Faizal Bin Othman, Timbalan Pen. Penguasa Imigresen yang melapor diri bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia sebagai Atase Imigresen. Ketibaan beliau dan isteri, Puan Zalina Binti Mat telah diraikan di Dewan Serbaguna, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) dengan kehadiran semua HBS dan keluarga serta semua LRS. Puan Nadia Azura mewakili Kuasa Usaha Sementara yang sedang menghadiri seminar telah memberikan ucapan selamat datang dan seterusnya menyampaikan “Welcoming Basket” dari PERWAKILAN Bandar Seri Begawan (BSB) kepada Puan Zalina Binti Mat. Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang.


