Pada 18 Oktober 2023, TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam hadir ke Majlis Penutup Festival Antarabangsa Agroteknologi 2023 di Balai Khazanah Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku tetamu kehormat. Festival tersebut merupakan anjuran bersama Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).
Pelbagai program telah diadakan bersempena dengan festival tersebut antara lain, Program Pertukaran Pelajar SEAMEO; Persidangan Antarabangsa Sains Makanan dan Teknologi Agro; dan Pertandingan Produk Inovasi 2023. Festival ini diharap dapat menarik minat para belia dan pelajar untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan produk pertanian yang inovatif dan seterusnya menyumbang ke arah pengukuhan tahap keterjaminan makanan kedua-dua negara.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia kekal komited dalam usaha merancakkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi terutamanya dalam sektor berkepentingan bersama seperti pertanian yang menjadi asas utama keterjaminan makanan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



