| Bandar Seri Begawan, 21 Januari 2019 – Satu majlis perpisahan anjuran Home Based Staff dan Kakitangan Ambilan Tempatan Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah diadakan pada hari ini bagi meraikan sumbangan yang telah diberikan oleh En. Herman Hardynata Ahmad, Setiausaha Pertama (Politik) yang telah berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan selama hampir tiga tahun. Beliau dan keluarga akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 25 Januari 2019 dan seterusnya akan menyambung tugas beliau di Kementerian Luar Negeri Malaysia.
Menggantikan En. Herman ialah Puan Nadia Azura Mohd Nudri, Penasihat Kedutaan yang telah melapor diri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada hari ini.
Semoga kedua-dua pegawai dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang masing-masing di tempat baharu. Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil semasa majlis berlangsung. |
|
|
| |
| Ucapan oleh pegawai yang diraikan, dari kanan; En. Herman Hardynata Ahmad, Puan Noor Razila Abd. Razak, Isteri kepada En. Herman dan Puan Nadia Azura Abd. Nudri.
|
| |
| Cenderamata Kenangan telah disampaikan oleh Pn. Rafedah Abd. Aziz, Kuasa Usaha Sementara bagi pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan PERWAKILAN Bandar Seri Begawan.
|