Mission News

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

17 October 2011 1 views

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri di Rumah Malaysia yang merupakan kediaman rasmi TYT Dato’ Abdullah Sani Omar, Pesuruhjaya Tinggi pada 4 September 2011. 

 

Sesi pertama Rumah Terbuka telah diadakan pada 1.00 hingga 6.00 petang dan dihadiri seramai 270 orang tetamu di kalangan warga tempatan, diplomat asing, pegawai kerajaan dan swasta Brunei Darussalam. Tetamu kenamaan termasuk DYTM Pengiran Muda Mohamed Sufri Bolkiah dan beberapa orang Menteri termasuk Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua, YB Pehin Lim Jock Seng.

 

Sesi Kedua Rumah Terbuka berlangsung pada jam 7.00 hingga 10.00 malam dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan serta rakyat Malaysia yang bermastautin di Brunei Darussalam.

Share:
Link copied to clipboard
Back