Mission News

Sesi Santai YB Menteri Pendidikan Malaysia dengan Para Pensyarah Malaysia di Negara Brunei Darussalam

03 May 2019 1 views

Sesi Santai YB Menteri Pendidikan Malaysia dengan Para Pensyarah Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

 

Bandar Seri Begawan, 4 Mei 2019 : YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia sedang dalam Lawatan Kerja satu hari di Negara Brunei Darussalam.  Beliau akan bertemu dengan ‘counterpart’ beliau di Negara Brunei Darussalam iaitu YB Dato Paduka Awang Hqaji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam.  Selepas itu, beliau telah meluangkan masa selama hampir 2 jam untuk sesi santai bersama para pensyarah Malaysia yang bertugas di university-universiti awam Negara Brunei Darussalam seramai 15 orang di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

 

Sesi santai ini memberi peluang kepada para pensyarah Malaysia untuk sama-sama berkongsi idea dalam merencana kemajuan pendidikan di Malaysia.  YB Dr. Maszlee juga turut sama berkongsi idea berkenaan dengan perancangan dan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memajukan sistem pendidikan negara.

 

Majlis disudahi dengan sesi makan tengah hari dan solat zohor berjemaah.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back