Mission News

YM Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah secara rasminya telah menamatkan perkhidmatan selaku penjawat awam dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

20 May 2024 1 views
Pada 18 Mei 2024, YM Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah secara rasminya telah menamatkan perkhidmatan beliau selaku penjawat awam dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam kerana bersara wajib.
 
Seluruh warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YM Raja Dato’ Reza di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan.
 
Berdayung sampan ke semenanjung,
Hendak membeli tikar rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
 
Terima kasih YM Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back