Mission News

PANDUAN UMUM BAGI PELAJAR MALAYSIA YANG AKAN/ SEDANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERSEKUTUAN RUSIA

04 December 2015 1 views

 PANDUAN UMUM BAGI PELAJAR MALAYSIA YANG AKAN/ SEDANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERSEKUTUAN RUSIA

 

a)     PERSEDIAAN SEBELUM KE LUAR NEGARA

 

PERKARA

PENERANGAN

Syarat Kelayakan Minimum

Pelajar mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan oleh universiti.

 

Pengiktirafan Kursus Pengajian

Pelajar boleh merujuk ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyemak status pengiktirafan kursus pengajian.

 

Maklumat Pengajian di Rusia

Membuat semakan berkaitan bidang pengajian dengan pihak universiti.

 

Pelajar juga boleh merujuk kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia, Moscow, Persekutuan Rusia.

 

Surat Tawaran Universiti

Mendapatkan surat tawaran kemasukan ke universiti terlebih dahulu.

 

Agen

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Moscow tidak pernah melantik mana-mana agen pengurusan pelajar untuk mengendalikan urusan penempatan pelajar di Persekutuan Rusia.

 

Pelajar dinasihatkan supaya mengenal pasti dan berurusan dengan agen yang diiktiraf oleh pihak universiti sahaja.

 

Permohonan Pasport

Pelajar perlu berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

 

Permohonan Visa

Pelajar perlu mendapatkan visa Persekutuan Rusia yang sah.

 

Dokumen Asal

Tidak membiarkan dokumen asal (akademik dan peribadi) disimpan oleh pihak agen atau universiti.

 

Dokumen/ Perjanjian Kontrak

Meneliti dan memahami syarat-syarat kontrak yang disediakan oleh pihak universiti dan agen sebelum menandatangani sebarang dokumen perjanjian.

 

Memastikan syarat-syarat kontrak turut disediakan oleh pihak agen/ universiti dalam Bahasa Inggeris selain dalam Bahasa Rusia.

 

Tidak membiarkan dokumen/ kontrak ditandatangani oleh pihak lain.

 

Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)

Telah mempunyai SSLN atau dikenali sebagai Non Objection Certification (NOC) sebelum memulakan pengajian.

 

Khidmat Nasihat

Sentiasa mendapatkan nasihat/ membuat semakan dengan pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kedutaan Besar Malaysia, Moscow, Persekutuan Rusia.

 

 

b)     SEMASA DI PERSEKUTUAN RUSIA

 

 

PERKARA

PENERANGAN

Pendaftaran di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow

Pelajar dinasihatkan untuk mendaftar dengan pihak kedutaan.

 

Persatuan Pelajar

Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar yang berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Moscow dan tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh menjejaskan imej negara.

 

Isu Semasa di Negara Pengajian

Pelajar dinasihati supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai isu-isu semasa negara Persekutuan Rusia.

 

Khidmat Nasihat

Pelajar dinasihati untuk sentiasa merujuk berkaitan urusan akademik dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.

 

Keselamatan

Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri, dokumen dan harta benda.

 

Pelajar digalakkan untuk membuat salinan bagi semua dokumen-dokumen penting seperti pasport, visa, kad pengenalan, surat beranak dan lain-lain.

 

Keluar Dari Persekutuan Rusia

Pelajar yang ingin keluar daripada negara Persekutuan Rusia samada pulang ke Malaysia, melancong, urusan rasmi dan lain-lain urusan hendaklah memaklumkan kepada pihak Kedutaan melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.

 

Tempoh Pasport dan Visa

Sentiasa memastikan tempoh pasport dan visa masih sah sepanjang berada di Persekutuan Rusia.

 

Pelajar hendaklah segera memohon pembaharuan pasport dan visa yang akan tamat tempoh sah.

 

No. Perhubungan

Pelajar dinasihatkan supaya menyimpan no. perhubungan penting seperti pegawai kedutaan, universiti, persatuan pelajar, polis, bomba, ambulans dan lain-lain.

 

 

 

c)     SELEPAS TAMAT BELAJAR

 

 

PERKARA

PENERANGAN

Tamat belajar

Pelajar dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak kedutaan setelah tamat pengajian dan pulang ke Malaysia.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back