


Majlis makan tengah hari dihoskan oleh PYT Datin Paduka Siti Hajjar Adnin pada 17 Julai 2023 bagi meraikan kunjungan ke Rumah Malaysia oleh delegasi Malaysia yang menghadiri 64th ISI World Statistics Congress, 16-20 Julai di Ottawa.
Delegasi Malaysia terdiri daripada Puan Rabi’atul’adawiah Shabli dan Puan K. Megala (Jabatan Perangkaan Malaysia), Cik Eilyn Chong Yee Lin, Dr. Peter Ho dan Puan Rifqah Haji Abd Muis (Bank Negara Malaysia) dan Dr Afidalina Tumian (PETRONAS).