11/10: Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Seri Malaysia Club (SMC), UBC telah berjaya menganjurkan Program Hari Sukan Negara 2025 (HSN 2025) melalui penganjuran acara sukan badminton bertempat di Kompleks Robert F. Osborne Centre. Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat gaya hidup sihat, malah turut mempererat hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga Malaysia di luar negara.
Semangat sukan, semangat perpaduan!



