Y.Bhg. Dato’ Haji Ahmad Ismail, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Dato’ Haji Arshad Yahya dan 6 orang pemain sepaktakraw muda Negara mengadakan lawatan ke Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver pada 15 November 2007 untuk berkenal-kenalan dengan seluruh Pegawai dan Kakitangan Konsulat Jeneral.
Semasa Majlis Makan Tengahari, Konsul Jeneral berbincang dengan pimpinan PSM mengenai lawatan PSM di Alberta, Saskatchewan dan Ontario serta peluang Malaysia pada sukan SEA yang akan datang.

