Mission News

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.054 GERIK DAN PRK DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.66 BUGAY

10 December 2020 1 views

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 16 Januari 2021 sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.054 Gerik dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya.

Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 27 November 2020 (Jumaat) sehingga 24 Disember 2020 (Khamis). Permohonan undi bos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B: Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR

PRK PARLIMEN P.054 GERIK: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang/borang-permohonan-kertas-undi-pos-prk-p54-gerik-pengundi-pos-luar

PRK DUN N.66 BUGAYA: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang/borang-permohonan-kertas-undi-pos-prk-n66-bugaya-pengundi-pos-luar

Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

i. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;

ii. Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan

iii. Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh kekosongan berikut:

kerusi Parlimen P.054 Gerik, iaitu pada 18 November 2020;

dan kerusi DUN N.66 Bugaya, iaitu pada 24 November 2020.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar terus oleh pemohon ke pihak SPR melalui pos/e-mel/faks. Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), para pengundi pos berkenaan boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami.

Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi pos tersebut.

Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.

Share:
Link copied to clipboard
Back