Mission News

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR KE-15

15 February 2022 1 views

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR KE-15

 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 sebagai Hari Mengundi bagi PRU DUN Johor ke-15.

 

Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah dari 9 Februari 2022 – 18 Februari 2022.

 

Permohonan undi pos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B: Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR (https://www.spr.gov.my/).

 

Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

 

1. Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, dan Satun); Singapura, Brunei; dan Kalimantan, Indonesia; dan

 

2. Pernah kembali ke Malaysia, selama tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh kekosongan yang dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan.

 

3. Justeru, bagi maksud PRU DUN Johor ke-15 ini, semua warganegara Malaysia yang merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN di dalam Negeri Johor dan bermastautin di luar negara adalah layak untuk memohon sepagai pengundi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara). Walau bagaimanapun, kelulusan setiap permohonan ini masih tertakluk di bawah bidang kuasa Setiausaha SPR.

 

4. Bagi tujuan ini, setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR di pautan berikut https://myspr.spr.gov.my/login  atau di portal rasmi SPR di pautan http://www.spr.gov.my/. Justeru, pemohon dinasihatkan agar memohon lebih awal apabila tarikh permohonan dibuka bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan.

 

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-8892 7080/ upup@spr.gov.my.

Share:
Link copied to clipboard
Back