Mission News

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1C BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P185 BATU SAPI

21 October 2020 1 views

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 5 Disember 2020 sebagai Hari Mengundi bagi PRK Parlimen P.185 Batu Sapi.

Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah dari 13 Oktober 2020 - 12 November 2020.

Permohonan undi bos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B: Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR (https://www.spr.gov.my/)

Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

1.     Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR; 

2.     Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, dan Satun); Singapura, Brunei; dan Kalimantan, Indonesia; dan

3.     Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum kekosongan kerusi Dewan Rakyat P.185 Batu Sapi, iaitu pada 7 Oktober 2020.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar terus oleh pemohon ke pihak SPR melalui pos/e-mel/faks.

Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), para pengundi pos berkenaan boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi pos tersebut.

Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.

Share:
Link copied to clipboard
Back