Mission News

RESPONSE TO THE UNITED STATES' 2015 HUMAN RIGHT COUNTRY REPORT ON MALAYSIA

22 April 2016 1 views

 


PRESS RELEASE

Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

                    

___________________________________________________________________________________

 

RESPONSE TO THE UNITED STATES’ 2015 HUMAN RIGHTS COUNTRY REPORT ON MALAYSIA

 

The Government of Malaysia refers to the 2015 Country Report on Human Rights Practices concerning Malaysia that was released by the United States Department of State as part of its annual Country Reports on Human Rights Practices of 195 countries and territories.

 

The Government of Malaysia wishes to clarify that the report is based on unsubstantiated information and relies primarily on sources whose objectivity is questionable. The Government of Malaysia regrets that the allegations contained in the report were selectively reflected to impute disrepute on the Government of Malaysia, and did not take into consideration its efforts to promote and protect human rights. This unwarranted report by the US was prepared in the absence of any formal engagement with Government officials, despite the close bilateral relations between Malaysia and the US. Unfortunately, this one-sided approach taken by the US precludes a true appreciation and balanced understanding of the facts of the cases and allegations highlighted. The report clearly reflects the US’ partial evaluation of the Government’s perspective and disregards the Government’s commitment and efforts on human rights practices in Malaysia.

 

The US continues to ignore Malaysia’s sovereign right to decide on its internal affairs which takes into account its own circumstances and the prevailing threats to its society, and its responsibility to protect national security and maintain peace and order in this country. Malaysia highly values its progressive and dynamic bilateral ties with the US and believes that the ties would be further strengthened with better understanding of domestic issues in Malaysia.

 

The Government of Malaysia remains committed to ensuring the enjoyment of fundamental freedoms as guaranteed in the Federal Constitution of Malaysia. It will continue to take the necessary measures for every citizen to enjoy fundamental freedoms in a manner which does not impinge on the exercise of the rights of others, or is a threat to the security and stability of the nation.

 

Putrajaya

22 April 2016 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

http://farm4.static.flickr.com/3050/2630797780_1a464f7633.jpg

SIARAN AKHBAR

Kementerian Luar Negeri, Malaysia

 

__________________________________________________________________________________

 

MAKLUM BALAS TERHADAP LAPORAN NEGARA MENGENAI HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA 2015 OLEH JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT

           

Kerajaan Malaysia merujuk kepada Laporan Negara Hak Asasi Manusia 2015 mengenai Malaysia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia Negara-Negara yang merangkumi di 195 buah negara dan wilayah.

 

Kerajaan Malaysia ingin menjelaskan bahawa laporan yang dikeluarkan adalah berdasarkan maklumat yang tidak berasas dan sebahagian besarnya bergantung pada sumber-sumber yang objektivitinya boleh dipersoalkan. Kerajaan Malaysia kesal bahawa dakwaan yang terkandung dalam laporan berkenaan bersifat selektif dalam memberi gambaran yang negatif terhadap Kerajaan Malaysia, serta tidak mengambil kira usaha-usaha Kerajaan Malaysia dalam melindungi hak asasi manusia. Laporan tidak berasas Amerika Syarikat ini disediakan tanpa melibatkan konsultasi rasmi dengan pihak Kerajaan, walaupun Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan dua hala yang baik. Malangnya, pendekatan berat sebelah yang diambil oleh Amerika Syarikat menolak pemahaman sebenar yang seimbang mengenai fakta-fakta bagi kes serta dakwaan yang dinyatakan dalam laporan berkenaan. Laporan  berkenaan juga jelas mencerminkan penilaian Amerika Syarikat yang berat sebelah berhubung perspektif Kerajaan serta mengabaikan komitmen dan usaha Kerajaan Malaysia berkaitan amalan hak asasi manusia di Malaysia.

 

Amerika Syarikat terus mengabaikan hak kedaulatan Malaysia dalam menentukan  hal ehwal dalamannya, yang mengambil kira keadaan sedia ada dan ancaman kepada masyarakatnya serta tanggungjawab Kerajaan untuk melindungi keselamatan negara dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara ini. Malaysia amat menghargai hubungan dua hala yang progresif dan dinamik dengan Amerika Syarikat dan percaya bahawa hubungan tersebut mampu diperkukuhkan lagi sekiranya Amerika Syarikat memahami dengan jelas isu-isu domestik di Malaysia.

 

Kerajaan Malaysia terus komited dalam memastikan kenikmatan kebebasan hak asasi seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Malaysia akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan setiap rakyat menikmati kebebasan hak asasi tanpa menjejaskan hak orang lain atau ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara.

 

 

Putrajaya

22 April 2016

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back