Mission News

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA MALAWAKIL VANCOUVER

27 August 2018 1 views

Konsulat Jeneral Malaysia dengan kerjasama rakyat Malaysia yang menetap di Vancouver telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidil Adha di kediaman rasmi Konsul Jeneral pada 20 Ogos 2018.

 

Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaah, tahlil dan juga takbir raya. Majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di sekitar Vancouver beserta keluarga dan juga pegawai Konsulat Jeneral.

 

Majlis ini secara tidak langsung dapat mengubat rindu kepada keluarga yang jauh di tanahair.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back