Mission News

STATEMENT BY THE HONOURABLE DATO' SRI ANIFAH HJ. AMAN, MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA AT THE SEVENTH GLOBAL FORUM OF THE UNITED NATIONAS ALLI

27 April 2016 1 views

 

 

 

PRESS RELEASE

Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

 

___________________________________________________________________________________

                                                                                   

STATEMENT

BY

THE HONOURABLE DATO’ SRI ANIFAH HJ. AMAN

 MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA

AT THE SEVENTH GLOBAL FORUM
OF THE UNITED NATIONS ALLIANCE OF CIVILISATIONS (UNAOC)

Baku, Azerbaijan, 26 APRIL 2016

 

 

Mr. Chairman,

Excellencies,

Ladies and Gentlemen,

 

Firstly, I wish to thank the Government of Azerbaijan for hosting this Forum, and for the kind hospitality accorded to me and members of my delegation. Let me also extend my sincere appreciation to the UNAOC Secretariat whose tireless efforts have made it possible for us to convene today, in our common endeavor to enhance the work of the Alliance and strengthened its global network of partnerships.

 

Excellencies,

Ladies and Gentlemen,

 

The theme of this year’s Forum “Living Together in Inclusive Societies: A Challenge and A Goal” is indeed pertinent.

 

Inclusive societies are a goal that we should all aspire to achieve, given the many benefits that inclusivity brings. Only by adopting a culture of inclusion can we hope to achieve this goal.  What this means is that every individual must feel respected and that they matter in the life of their community. Achieving this goal is not without its challenges.

 

Only inclusive societies enable its every member to fully participate and contribute in all aspects of life, including decision making processes. A participative approach to decision making and how the society is shaped, promotes a sense of ownership. This creates an environment conducive for living together in peace and harmony. Undoubtedly, this contributes to greater progress in development and success in nation building.

 

 A truly inclusive society transcends all forms of differences such as race, faith, culture and gender. It ensures equal opportunity.  While sustaining inclusive societies may seem a formidable challenge, what it requires to succeed is for all nations to take concrete steps to imbue and nurture positive values such as tolerance, acceptance, mutual understanding and moderation.  They are important pre-requisites for peace and harmony.

 

Education plays a critical role in inclusive societies.  It provides opportunities to learn that diversity is not an obstacle but it can be a strength that enriches life. Such an approach in turn cultivates understanding and appreciation of other societies, cultures and religions.

 

For the young, education provides the opportunity to instil values of respect and appreciation of diversity. At the same time, education can empower those who are marginalised or excluded from participating in decision-making.

 

Excellencies,

Ladies and Gentlemen,

 

Unfortunately, we are witnessing the rising influence of extremists who seek to divide our communities. They breed contempt and create discord through their extremist ideologies to serve their agenda. We must not allow them to succeed.

 

Malaysia is confident that the strong, united and informed voices of the moderates will be able to denounce and challenge extremist ideologies in an effective, coordinated and credible way. Defeating extremism requires the concerted efforts of peoples and nations around the world and their perseverance to strengthen the multi-racial and multi-faith democracy.

 

This is where we believe that the UNAOC has made a difference.  Through focusing on its priority areas, particularly youth, media and education, it has created an avenue for moderate voices to come together and work out strategies to counter extremism and radicalization.

 

Excellencies,

Ladies and Gentlemen,

 

Moderation, as an approach, seeks to bridge differences, and address the various manifestations of extremism, including political and religious extremism. It is also an approach that should guide us in the conduct of international relations and foreign policy towards attaining global peace and harmony. In this regard, Malaysia is convinced that the Global Movement of Moderates (GMM) can complement other like-minded initiatives such as the UNAOC that seeks to promote inclusive societies.

 

 

 

 

Excellencies,

Ladies and Gentlemen,

 

In sum, moderation is essential to sustain an inclusive and peaceful society. We firmly believe that it is an all-encompassing approach, not only in resolving differences and conflicts peacefully but also for ensuring sustainable and inclusive development, equitable growth, social harmony and mutual understanding within a country or region. It is a tool to diffuse tensions, negate radicalism and counter extremism.

 

It is our sincere hope that this Forum will further bolster cooperation in various relevant areas, strengthen existing partnerships and foster new partnerships to further the goals and initiatives of the Alliance.

 

Thank you.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SIARAN AKHBAR

Kementerian Luar Negeri, Malaysia

 

__________________________________________________________________________________

 

KENYATAAN

YANG BERHORMAT DATO’ SRI ANIFAH HJ. AMAN,

MENTERI LUAR NEGERI

FORUM UNITED NATIONS ALLIANCE OF CIVILISATIONS (UNAOC) KE-7, BAKU, AZERBAIJAN, 26 APRIL 2016

 

 

Tuan Pengerusi

Tuan Yang Terutama,

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Azerbaijan sebagai tuan rumah bagi Forum ini dan juga di atas layanan baik yang diberikan kepada saya dan delegasi Malaysia. Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Sekretariat UNAOC di atas usaha menganjurkan Forum pada hari ini selaras dengan matlamat bersama negara-negara ahli UNAOC untuk mempertingkatkan kerja UNAOC dan mengukuhkan rangkaian perkongsian global.

 

Tuan Yang Terutama,

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Tema Forum pada tahun ini adalah amat penting iaitu "Hidup Bersama di dalam masyarakat yang inklusif: Cabaran dan Sasaran".

 

Masyarakat inklusif adalah matlamat yang perlu dicapai oleh semua negara ahli, memandangkan keterangkuman membawa banyak manfaat. Hanya dengan mengamalkan budaya yang inklusif sahaja, dapat menjamin matlamat ini tercapai. Dalam erti kata yang lain, setiap individu perlu berasa dihormati dan bahawa mereka adalah penting dalam kehidupan masyarakat mereka. Mencapai matlamat ini adalah mustahil tanpa cabaran.

 

Hanya masyarakat yang inklusif dapat membolehkan setiap individu mengambil bahagian sepenuhnya dan menyumbang kepada semua aspek kehidupan, termasuk dalam proses membuat keputusan. Pendekatan untuk turut serta dalam proses membuat keputusan dan bagaimana masyarakat dibentuk akan menggalakkan semangat kekitaan. Ini mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk hidup bersama dengan aman dan harmoni. Ini sudah pasti dapat menyumbang terhadap kemajuan yang lebih besar dalam pembangunan dan kejayaan agenda pembinaan negara.

 

Masyarakat yang inklusif mengatasi semua bentuk perbezaan seperti bangsa, agama, budaya dan jantina. Ia akan turut memastikan peluang yang sama rata. Walaupun usaha untuk mengekalkan masyarakat yang inklusif merupakan satu cabaran yang besar, apa yang diperlukan adalah agar semua negara mengambil langkah-langkah konkrit untuk menerapkan dan memupuk nilai-nilai positif seperti toleransi, penerimaan, persefahaman dan kesederhanaan. Nilai-nilai ini adalah pra-syarat penting bagi mencapai keamanan dan keharmonian global.

 

Pendidikan memainkan peranan penting dalam masyarakat inklusif. Ia menyediakan peluang untuk mempelajari bahawa kepelbagaian bukan satu penghalang tetapi merupakan satu kekuatan yang memperkayakan kehidupan. Pendekatan tersebut sebaliknya menanamkan prinsip kefahaman dan menghargai budaya dan agama yang berlainan dalam masyarakat.

 

Bagi golongan belia, pendidikan menyediakan peluang untuk memupuk nilai-nilai hormat dan menghargai kepelbagaian. Pada masa yang sama, pendidikan boleh memberi peluang kepada mereka yang terpinggir atau dihalang mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan.

 

 

 

Tuan Yang Terutama,

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Malangnya, pada masa kini kita dapat melihat pengaruh golongan pelampau semakin meningkat, mereka berusaha untuk memecah-belahkan masyarakat kita. Mereka menggalakkan kebencian dan menimbulkan perpecahbelahan melalui ideologi pelampau untuk mencapai agenda mereka. Kita tidak boleh membiarkan mereka berjaya.

 

Malaysia yakin bahawa suara golongan sederhana yang kuat dan bersatu akan dapat menangkis dan mencabar ideologi pelampau dengan berkesan. Usaha bersepadu rakyat dan negara-negara sedunia serta kecekalan mereka dalam mengukuhkan demokrasi berbilang kaum dan agama diperlukan bagi menewaskan pengaruh ekstremisme.

 

Sehubungan ini, UNAOC telah membawa pembaharuan dengan menyediakan platform untuk suara golongan sederhana bersatu untuk mengaturkan strategi bagi menangani ekstremisme dan radikalisasi dengan memberi tumpuan kepada bidang-bidang keutamaan UNAOC khususnya belia, media dan pendidikan.

 

Tuan Yang Terutama,

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Kesederhanaan, sebagai satu pendekatan, bertujuan untuk merapatkan perbezaan dan menangani pelbagai bentuk ekstremisme, termasuklah pelampau politik dan agama. Ia juga merupakan satu pendekatan yang membimbing masyarakat dalam bidang hubungan antarabangsa dan dasar luar negara ke arah mencapai keamanan dan keharmonian global. Dalam hal ini, Malaysia yakin bahawa Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) boleh melengkapkan inisiatif organisasi yang mempunyai matlamat yang sama seperti UNAOC dalam menggalakkan masyarakat inklusif.

 

Tuan Yang Terutama,

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Secara kesimpulannya, prinsip kesederhanaan adalah penting untuk mengekalkan masyarakat yang aman dan inklusif. Malaysia percaya bahawa ia adalah satu pendekatan menyeluruh, bukan sahaja dalam menyelesaikan perbezaan dan konflik secara aman tetapi juga untuk memastikan pembangunan yang mapan dan inklusif, pertumbuhan yang saksama, keharmonian sosial dan persefahaman di dalam sebuah negara atau rantau. Ia merupakan wadah untuk merungkai ketegangan serta menangani fahaman radikal dan ekstremisme.

 

Adalah menjadi harapan Malaysia bahawa Forum ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang yang berkaitan, mengukuhkan kerjasama sedia ada di samping memupuk perkongsian baru untuk memajukan matlamat dan inisiatif UNAOC.

 

Terima kasih.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back