PRESS RELEASE Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
|
___________________________________________________________________________________
WORKING VISIT OF YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN TO THE MEETING OF THE FOREIGN MINISTERS AND CHIEFS OF THE ARMED FORCES OF INDONESIA, MALAYSIA AND THE PHILIPPINES
JOGJAKARTA, INDONESIA, 5 MAY 2016
YB Dato’ Sri Anifah Haji Aman, Minister of Foreign Affairs Malaysia, led Malaysia’s delegation to the Meeting of the Foreign Ministers and Chiefs of the Armed Forces of Indonesia, Malaysia and the Philippines in Jogjakarta, Indonesia on 5 May 2016.
The Meeting, held at the invitation of H.E. Retno L.P Marsudi, Minister of Foreign Affairs of the Republic of Indonesia, discussed joint efforts in strengthening coordination and cooperation of the three countries to address security issues in the maritime areas of common concern of the three countries, including on the recent kidnapping incidents.
At the Meeting, YB Minister of Foreign Affairs expressed Malaysia’s concern on the recent kidnapping incidents. In the past weeks, three incidents have taken place, involving the kidnapping of fourteen Indonesians and four Malaysians. He also conveyed Malaysia’s commitment to take all necessary measures to address the issue as well as through the cooperation between Indonesia and the Philippines.
The Meeting agreed to enhance collective cooperation of the three countries through concrete measures. These included the sharing and exchanging of information and intelligence, the establishment of a national focal point and hotline of communication as well as to render immediate assistance to people and ships in distress. More importantly, the Meeting agreed for the three countries to establish a framework to conduct patrol in the affected maritime areas.
YB Minister of Foreign Affairs also stated that the next crucial step would be for the three countries to take immediate actions to implement the agreed measures as well as for the officials to meet as soon as possible to formulate a Standard Operating Procedure (SOP).
Malaysia further underlined the importance of addressing the root causes that contribute to the growing number of kidnapping cases.
Commenting on the Peace Process in the Southern Philippines, YB Minister called upon all stakeholders to remain committed in finding durable solutions to ensure lasting peace and security in the region.
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
Putrajaya
5 May 2016
SIARAN AKHBAR Kementerian Luar Negeri, Malaysia
|
______________________________________________________________________________
LAWATAN KERJA YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN KE MESYUARAT MENTERI-MENTERI LUAR DAN PANGLIMA-PANGLIMA ANGKATAN TENTERA INDONESIA, MALAYSIA DAN FILIPINA
JOGJAKARTA, INDONESIA, 5 MEI 2016
YB Dato Sri 'Anifah Haji Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri dan Panglima-panglima Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia dan Filipina di Jogjakarta, Indonesia pada 5 Mei 2016.
Mesyuarat tersebut adalah di atas jemputan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia, untuk membincangkan usaha-usaha bagi mengukuhkan kerjasama dan koordinasi di antara ketiga-tiga negara di dalam meningkatkan keselamatan maritim di perairan ketiga-tiga negara, khususnya bagi menangani insiden penculikan.
Pada mesyuarat tersebut, YB Menteri Luar Negeri telah menyatakan kebimbangan Malaysia mengenai peningkatan bilangan aktiviti penculikan. Sejak beberapa minggu lalu, sebanyak tiga insiden penculikan telah berlaku, di mana empat belas warga Indonesia dan empat warga Malaysia telah diculik. Beliau juga menyatakan komitmen Malaysia untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani isu ini termasuk melalui kerjasama dengan pihak Indonesia dan Filipina.
Mesyuarat tersebut turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama kolektif ketiga-tiga negara melalui langkah-langkah yang konkrit. Antara lainnya, melalui perkongsian dan pertukaran maklumat dan risikan, mengasaskan focal point di dalam negara dan menubuhkan hotline komunikasi serta memberi bantuan segera kepada mana-mana individu atau kapal yang berada di dalam kesusahan di lautan. Mesyuarat tersebut turut bersetuju supaya Malaysia, Indonesia dan Filipina mewujudkan satu rangka kerja bagi mengadakan rondaan di kawasan perairan terbabit.
YB Menteri juga menyatakan bahawa langkah penting seterusnya adalah supaya ketiga-tiga negara mengambil tindakan segera untuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dipersetujui ini dan supaya pegawai-pegawai negara-negara berkenaan mengadakan pertemuan secepat mungkin untuk merangka Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure - SOP).
Malaysia juga menggariskan kepentingan untuk menangani punca dan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes-kes penculikan.
Mengulas mengenai Proses Damai di Selatan Filipina, YB Menteri menyeru semua pihak yang berkepentingan agar terus komited di dalam mencari penyelesaian yang berkekalan untuk memastikan keamanan yang keselamatan di rantau ini.
Kementerian Luar Negeri, Malaysia
PUTRAJAYA
5 Mei 2016