| | PRESS RELEASE Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
|
___________________________________________________________________________________
WORKING VISIT OF YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN TO THE
SEVENTH GLOBAL FORUM OF THE UNITED NATIONS ALLIANCE OF CIVILISATIONS (UNAOC)
BAKU, AZERBAIJAN, 25-27 APRIL 2016
YB Dato Sri’ Anifah Haji Aman, Minister of Foreign Affairs, Malaysia, will lead Malaysia’s delegation to the Seventh Global Forum of the United Nations Alliance of Civilisations (UNAOC) that will be held in Baku, Azerbaijan from 25 to 27 April 2016. YB Foreign Minister’s participation is at the invitation of H.E. Elmar Mammadyarov, Minister of Foreign Affairs of the Republic of Azerbaijan and H.E. Nassir Abdulaziz Al-Nasser, United Nations High Representative for the Alliance of Civilisations.
UNAOC was established in 2005 at the initiative of the Governments of Spain and Turkey. Its establishment is under the auspices of the United Nations and the objective of UNAOC is to promote better cross-cultural relations worldwide and to counter forces that fuel exclusion, polarisation and extremism. Malaysia has been a member of the Group of Friends of the UNAOC since its establishment, and has participated in all UNAOC Global Forums and Group of Friends Meetings.
The 7th UNAOC Forum themed “Living Together in Inclusive Societies: A Challenge and A Goal”, will gather leaders, representatives of international and regional organisations, the private sector, civil society, academia, youth, arts and the media, as well as donor agencies and foundations to explore new ways of promoting cross-cultural dialogue and address global challenges such as violent extremism, religious intolerance and radicalisation. The Forum will consist of plenary panel discussions, break-out sessions, partners’ exhibition, youth events, award ceremonies and networking sessions.
YB Foreign Minister will deliver a speech focusing on the theme of the Forum during the UNAOC Group of Friends Ministerial Meeting on 26 April 2016. Malaysia’s participation at the Forum will provide the opportunity for us to contribute to the discussions and underscore Malaysia’s role in promoting global peace and prosperity through advocating moderation as an approach to counter extremism in all its forms.
Among the main outcomes of the Forum are the adoption of the Baku Declaration on the imperative of Living Together in Inclusive Societies and the launching of the UNAOC Advisory Council.
The UNAOC, working in partnership with governments, international and regional organisations, civil society groups, foundations and the private sector, supports a range of projects and initiatives aimed at reducing cross-cultural tensions and building bridges among diverse communities. It focuses on four areas namely education, media, migration and youth. This coincides with Malaysia’s objective on the promotion of moderation as a means to foster mutual understanding and respect between civilisations, beliefs and cultures.
PUTRAJAYA
24 APRIL 2016
| | SIARAN AKHBAR Kementerian Luar Negeri, Malaysia
|
________________________________________________________________________________
LAWATAN KERJA YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN
MENTERI LUAR NEGERI BERSEMPENA DENGAN
FORUM UNITED NATIONS ALLIANCE OF CIVILISATIONS (UNAOC) KE-7
BAKU, AZERBAIJAN, 25 – 27 APRIL 2016
YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Global United Nations Alliance of Civilizations (UNAOC) Ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 25 hingga 27 April 2016 di atas jemputan TYT Elmar Mammadyarov, Menteri Luar Negeri, Republik Azerbaijan dan TYT Nassir Abdulaziz Al-Nasser, Wakil Tertinggi UNAOC.
UNAOC ditubuhkan pada tahun 2005 atas inisiatif kerajaan Sepanyol dan Turki, di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggalakkan kefahaman antara kebudayaan yang lebih baik dan membendung ancaman yang menjadi punca kewujudan pengasingan, polarisasi dan ekstremisme dalam masyarakat. Malaysia telah menjadi ahli kepada Group of Friends UNAOC semenjak penubuhannya dan telah menyertai kesemua Forum Global UNAOC serta mesyuarat-mesyuarat UNAOC di peringkat pegawai kanan.
Forum UNAOC Ke-7 pada tahun ini yang bertemakan “Living Together in Inclusive Societies: A Challenge and A Goal” akan dihadiri oleh para pemimpin, wakil organisasi serantau dan antarabangsa, sektor swasta, masyarakat madani, akademik, belia, seni dan media serta agensi dan yayasan penderma bagi mempelopori usaha-usaha baru dalam mempromosikan dialog antara budaya serta menangani cabaran-cabaran global seperti keganasan ekstremisme, radikalisasi dan sikap tidak toleran terhadap agama. Forum ini terdiri daripada beberapa sesi plenari dan breakout sessions serta program-program belia, majlis penganugerahan dan sesi networking.
YB Menteri Luar Negeri turut dijadualkan untuk menyampaikan ucapan berdasarkan tema Forum di Mesyuarat Group of Friends di peringkat Menteri pada 26 April 2016. Penglibatan Malaysia di forum ini akan memberi peluang kepada negara untuk menyumbang kepada perbincangan bagi mengukuhkan peranan Malaysia dalam menggalakkan keamanan dan kesejahteraan sejagat melalui pendekatan kesederhanaan bagi menangani ekstremisme keseluruhannya.
Antara hasil-hasil Forum adalah Deklarasi Baku mengenai kepentingan hidup bersama dalam masyarakat yang inklusif yang bakal diterima pakai oleh negara-negara ahli dan pelancaran UNAOC Advisory Council.
UNAOC sentiasa bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan, organisasi antarabangsa dan serantau, kumpulan masyarakat madani, yayasan dan sektor swasta, telah menyokong projek-projek dan inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan ketegangan antara budaya berbeza serta membina jaringan persefahaman antara pelbagai komuniti. Ia tertumpu kepada empat bidang utama iaitu, pendidikan, media, migrasi dan belia. Usaha ini adalah selaras dengan pendirian Malaysia dalam mengetengahkan pendekatan konsep kesederhanaan sebagai pemangkin bagi memupuk persefahaman dan hormat di antara tamadun, agama dan budaya.
PUTRAJAYA
24 APRIL 2016