| | PRESS RELEASE Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
|
___________________________________________________________________________________
WORKING VISIT OF YB DATO’ SRI ANIFAH HJ. AMAN,
MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA
TO THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES
20 – 22 APRIL 2016
YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman, Minister of Foreign Affairs of Malaysia, undertook a working visit to the Republic of the Philippines on 20 – 22 April 2016.
YB Dato’ Sri Anifah Hj. Aman met his counterpart, Secretary of Foreign Affairs of the Republic of the Philippines, His Excellency Jose Rene D. Almendras, on 21 April 2016 and reaffirmed the close bilateral relations between the two countries.
YB Minister of Foreign Affairs expressed the serious concern of the Government of Malaysia on the kidnapping activities especially the four Malaysians namely Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 and Johnny Lau Jung Hien, 21 on 1 April 2016. YB Minister of Foreign Affairs expressed the importance to intensify cooperation towards securing the release of the four Malaysians. This includes cooperation in intelligence sharing and patrolling.
The Secretary of Foreign Affairs gave his assurance that the Philippine Government is taking all the necessary measures to ensure their safe release.
The two Ministers also exchanged views on regional issues including on the issue of the South China Sea.
Putrajaya
22 April 2016
| | SIARAN AKHBAR Kementerian Luar Negeri, Malaysia |
__________________________________________________________________________________
LAWATAN KERJA YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN
MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA
KE REPUBLIK FILIPINA
20 – 22 APRIL 2016
YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Filipina pada 20 – 22 April 2016.
YB Dato’ Sri Anifah Aman telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau, Setiausaha Hubungan Luar Negeri Republik Filipina, TYT Jose Rene D. Almendras, pada 21 April 2016. Mereka telah menekankan kepentingan mengekalkan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara.
YB Menteri Luar Negeri menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia memandang serius isu penculikan terutamanya yang melibatkan empat warganegara Malaysia iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 and Johnny Lau Jung Hien, 21 pada 1 April 2016. Dalam hal ini, YB Menteri Luar Negeri menekankan keperluan untuk kedua-dua negara bekerjasama rapat dalam usaha membebaskan empat warganegara Malaysia tersebut. Beliau juga menegaskan kepentingan untuk meningkatkan kerjasama dalam perkongsian maklumat perisikan dan rondaan.
Setiausaha Hubungan Luar Negeri Filipina memberi jaminan bahawa Kerajaan Filipina sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membebaskan empat warganengara Malaysia berkenaan.
Di samping itu, kedua-dua Menteri turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau termasuk isu Laut China Selatan.
Putrajaya
22 April 2016