Permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B - Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRK Dewan Negeri N. 29 Mahkota, Johor telah mula dibuka pada 13 Ogos 2024 (Selasa) dan akan ditutup pada 26 Ogos 2024 (Isnin).
Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N. 29 Mahkota, Johor; dan
- Tinggal di luar negara.
Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.