Mission News

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.48 AYER KUNING, PERAK

10 March 2025 1 views

Permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B - pengundi pos luar negara bagi pelaksanaan PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak telah mula dibuka mulai pada 7 Mac 2025 (Jumaat) dan akan ditutup pada 20 Mac 2025 (Khamis).

Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

 

 

- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi

di Bahagian Pilihan Raya Negeri N.48  Ayer Kuning, Perak;

dan

- Tinggal di luar negara.

 

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back