Pada 17 November 2023, Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Wilayah Guangxi dan Guizhou. Seramai 60 orang rakyat Malaysia telah menghadir bagi meraikan majlis ini.
Semasa majlis tersebut, Encik Ahmad Phadil Ismail, Konsul Jeneral telah mengambil peluang untuk berkongsi maklumat akan program-program yang akan dirancang oleh pihak Konsulat pada tahun 2024. Konsul Jeneral turut menyampaikan taklimat berkenaan bantuan dan servis konsular yang ditawarkan oleh Konsulat kepada rakyat Malaysia yang menetap di Wilayah Guangxi dan Guizhou.

