Mission News

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR MALAYSIA DI GUANGXI

05 December 2024 1 views

Pada 30 November 2024, Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Malaysia di Guangxi bertempat di Restoran Pappa Kopi.  Majlis tersebut telah dihadiri seramai 33 orang pelajar dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tenaga pengajar dari Malaysia yang mengajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah antarabangsa sekitar Guangxi.

 

Majlis tersebut memberi peluang kepada pihak Konsulat Jeneral untuk merapatkan hubungan dan beramah mesra bersama pelajar-pelajar Malaysia di Guangxi.  Konsul Jeneral turut berkongsi perancangan aktiviti akan datang bersama pelajar.  Beliau juga turut menasihati pelajar untuk membantu pihak Konsulat untuk memaklumkan kepada pelajar yang baru tiba di Nanning untuk mendaftar bersama Konsulat Jeneral.  Konsul Jeneral juga mengingatkan kepada para pelajar yang hadir agar sentiasa menjaga kelakuan semasa berada di universiti dan segera menghubungi pihak Konsulat Jeneral sekiranya mempunyai masalah konsular seperti kehilangan dokumen pengenalan, masalah visa atau luput tarikh sah passport supaya bantuan segera yang sewajarnya dapat di ambil oleh pihak Konsulat.

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back