Mission News

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023

24 May 2023 1 views

Pada 19 Mei 2023, Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran seramai 60 orang rakyat Malaysia yang menetap di Wilayah Guangxi dan Guizhou.

Para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai hidangan masakan Malaysia antaranya nasi minyak, rendang daging,ayam masak merah dan teh tarik.

Majlis tersebut juga telah memberi peluang kepada Konsul Jeneral yang baru memulakan tugas pada akhir Januari tahun ini untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat  rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Wilayah Guangxi dan Guizhou.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back