Pada 19 April 2024, Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran seramai 70 orang rakyat Malaysia yang menetap di Wilayah Guangxi dan Guizhou, pegawai Home-Based Staff dan keluarga, serta Kakitangan Ambilan Tempatan Konsulat.
Majlis tahunan tersebut memberi peluang kepada pihak Konsulat Jeneral untuk beramah mesra bersama rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Malaysia yang baru tiba di Nanning. Selain itu juga, kesempatan di ambil untuk memberikan perkembangan terkini di Malaysia, terutamanya polisi-polisi mesra rakyat yang di ambil oleh kerajaan bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan perpaduan negara.
Para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai hidangan masakan yang sinonim dengan perayaan Aidilfitri di Malaysia antaranya rendang daging, sate ayam, mee goreng mamak, kuih tradisional dan minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu teh tarik.




