KONSULAT JENERAL MALAYSIA
NANNING, CHINA
MAKLUMAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI GUANGXI DAN GUIZHOU
(Kemaskini pada 04 April 2020)
Sepertimana yang kita sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Lanjutan daripada PKP tersebut juga, Kerajaan Malaysia telah memutuskan, setiap rakyat Malaysia yang pulang daripada luar negara perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah dikhaskan. Bagi pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Crisis Prepadness and Responce Centre (CPRC) Kebangsaan – Kementerian Kesihatan Malaysia di talian hotline CPRC 24 jam +603 8881 0200 / +603 8881 0600 / +603 8881 0700 atau melalui aplikasi whatsapp +6010 9699435 / +6010 8608949 atau emel ke cprc@moh.gov.my.

