KONSULAT JENERAL MALAYSIA
NANNING, CHINA
Kepada semua rakyat Malaysia di Guangxi dan Guizhou,
PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.054 GERIK DAN PRK DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.66 BUGAYA
Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 16 Januari 2021 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.054 Gerik dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya.
2. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya. Tempoh permohonan undi pos 1B yang telah diwartakan oleh SPR adalah mulai 27 November 2020 (Jumaat) sehingga 24 Disember 2020 (Khamis).
3. Bagi tujuan ini, setiap permohonan undi pos tersebut hendaklah menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang dilampirkan bersama makluman ini atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR www.spr.gov.my sepanjang tempoh permohonan. Pemohon bagi kategori ini juga tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
- Merupakan seorang pemilih yang berdaftar dengan SPR;
- Bermaustatin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
- Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh kekosongan berikut:
- Kerusi Parlimen P.054 Gerik, iaitu pada 18 November 2020; dan
- Kerusi DUN N.66 Bugaya, iaitu pada 24 November 2020.
4. Borang 1B yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus kepada pihak SPR melalui cara seperti berikut:
(a) E-mel kepada upup@spr.gov.my;
(b) Faks ke +603-8888 0403 / +603-8888 0405; atau
(c) Pos ke alamat:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Menara SPR, No.2 Jalan P2T,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
5. Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR, pengundi boleh menggunakan mana-mana perkhidmatan kurier sedia ada di negara yang didiami dan kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda ke SPR adalah atas tanggungan pengundi.
Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi SPR di talian +603-8888 0400 / +603-8881 0658 / +603-8881 0769.
11 Disember 2020
Lampiran