Pada 2 Disember 2023, Konsulat Jeneral Malaysia dengan kerjasama Guangxi Minzu University dan Guangxi International Business Vocational Collage telah menganjurkan “Program Cinta Bahasa Melayu” di Guangxi Minzu University.

Di dalam ucapan perasmian program, Encik Ahmad Phadil Ismail, Konsul Jeneral telah merakamkan penghargaan kepada pihak Guangxi Minzu University dan Guangxi International Business Vocational College kerana kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Program Cinta Bahasa Melayu. Para pelajar Jurusan Bahasa Melayu daripada kedua-dua Institusi telah mengadakan persembahan pidato, tarian joget melayu dan koir bagi menjayakan program tersebut.
Program tersebut turut menyaksikan pelancaran “Buku Bahasa Melayu Lisan Edisi Baharu” yang diterbitkan oleh Encik Zhao Dan atau Cikgu Tuah daripada Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Asia Tenggara, Universiti Minzu Guangxi dengan kerjasama Pengarah Education Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing. Penerbitan buku tersebut akan membantu usaha pembelajaran Bahasa Melayu yang lebih berkesan.




