KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI REPUBLIK RAKYAT CHINA
BEIJING
Kepada semua rakyat Malaysia di China,
TERKINI: PERKEMBANGAN MENGENAI PENULARAN TERKINI WABAK COVID-19 DI BEIJING (SEHINGGA 19 JUN 2020)
Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang memantau rapi penularan terkini wabak Covid-19 di beberapa lokasi di bandar tersebut. Situasi pada masa ini adalah terkawal. Dalam tempoh ini, tiada warganegara Malaysia yang telah dilaporkan dijangkiti Covid-19 di Beijing dan di China. Warganegara Malaysia di Beijing yang merasakan mereka mungkin dijangkiti perlu menghubungi Kedutaan untuk memastikan bantuan konsular sewajarnya dapat diberikan.
Pihak berkuasa yang berkaitan di Beijing sedang mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan untuk menangani situasi ini, termasuk peningkatan kawalan untuk perjalanan masuk dan keluar bagi kawasan-kawasan yang tertentu. Semua warganegara Malaysia di Beijing harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan yang berkaitan, dan disarankan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke daerah-daerah yang terjejas.
Warganegara Malaysia yang tinggal di Beijing atau yang sedang merancang perjalanan dari atau ke Beijing juga adalah dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga yang ditetapkan. Kedutaan turut menggalakkan semua warganegara Malaysia di China untuk mengambil kira kemungkinan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan apabila merancang perjalanan masing-masing.
Semua warganegara Malaysia di Republik Rakyat China digalakkan untuk memaklumkan kepada Kedutaan atau Konsulat-Jeneral yang berhampiran mengenai orang yang boleh dihubungi dalam kes kecemasan, sekiranya belum melakukannya lagi. Ini boleh dilakukan melalui pautan https://is.gd/MyCn2020 . Kedutaan dan Konsulat-Konsulat Jeneral bersedia untuk dihubungi 24 jam oleh warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera.
Kedutaan ingin mengulangi nasihat kepada semua rakyat Malaysia di China untuk kekal tenang dan mengikuti perkembangan semasa, melalui media tempatan serta laman sesawang dan akaun media sosial Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Beijing (http://wjw.beijing.gov.cn/) dan Suruhanjaya Kesihatan Negara Republik Rakyat China (http://en.nhc.gov.cn/).
Rakyat Malaysia di China masih boleh menghubungi Kedutaan di Beijing atau Konsulat-Konsulat Jeneral Malaysia terdekat di Shanghai, Guangzhou, Kunming, Nanning, Xi 'an dan Hong Kong, melalui emel, telefon dan WeChat:
| Maklumat Kecemasan | Wilayah konsular |
| Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mwbeijing@kln.gov.my +8618513665810 / +8613718942581 | Beijing, Hubei, Tianjin, Henan, Hebei, Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Wilayah Autonomi Inner Mongolia, Qinghai, Shandong, Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur & Wilayah Autonomi Tibet |
| Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai mwshanghai@kln.gov.my +8613761154009 | Shanghai, Anhui, Jiangsu & Zhejiang |
| Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou mwguangzhou@kln.gov.my +8618802087683 | Guangdong, Fujian, Hainan, Hunan & Jiangxi |
| Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming mwkunming@kln.gov.my +8618487341474 | Yunnan, Sichuan & Chongqing |
| Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning mwnanning@kln.gov.my +8615977783818 / +8615977783898 | Wilayah Autonomi Guangxi & Guizhou |
| Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an mwxian@kln.gov.my +8615229089757 | Shaanxi, Gansu & Wilayah Autonomi Ningxia Hui |
| Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong mwhongkong@kln.gov.my +85269006390 | Wilayah-Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong & Macau |
19 JUN 2020