Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Malaysia akan melaksanakan prosedur pembayaran dan format baharu Sijil Kelakuan Baik (SKB) melalui sistem e-Konsular berkuat kuasa mulai 20 Jun 2026. Format baharu SKB yang lebih kemas, jelas dan teratur, di samping menambah baik ciri keselamatan dan kaedah pengesahan sijil.
Di bawah prosedur pembayaran baharu tersebut, pemohon diwajibkan untuk membuat bayaran caj perkhidmatan sebanyak RM20.00 semasa mengemukakan permohonan melalui sistem e-Konsular:https://ekonsular.kln.gov.my/login.

