COURTESY CALL BY H.E. MR ROLAND GALHARGUE, AMBASSADOR OF FRANCE TO MALAYSIA AT WISMA PUTRA – 17 MARCH 2021
On 17 March 2021, Deputy Secretary-General of Bilateral Affairs, Dato' Amran Mohamed Zin received a courtesy call by the Ambassador of France to Malaysia, Roland Galharague.
Both parties discussed issues raised during the video call between Foreign Minister Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein and the French Foreign Minister on 23 February 2021, including on bilateral issues of mutual concern between Malaysia and France, trade and investment as well as post-COVID-19 cooperation.
Malaysia and France are committed to strengthening existing cooperation and ready to explore new areas of cooperation for the benefit of both countries.
KUNJUNGAN HORMAT OLEH TYT DUTA BESAR PERANCIS
KE MALAYSIA DI WISMA PUTRA
Pada 17 Mac 2021, Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Dato' Amran Mohamed Zin telah menerima kunjungan hormat oleh Duta Besar Perancis ke Malaysia, Roland Galharague.
Kedua-dua pihak membincangkan isu-isu yang telah dibangkitkan semasa panggilan video antara Menteri Luar Negeri Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Menteri Luar Negeri Perancis pada 23 Februari 2021, termasuk isu-isu dua hala yang mempunyai kepentingan bersama Malaysia-Perancis, perdagangan dan pelaburan serta kerjasama pasca COVID-19.
Malaysia dan Perancis komited untuk mengukuhkan hubungan kerjasama sedia ada dan bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.