Mission News

FIRST RAMADHAN BAZAAR IN PARIS AFTER COVID-19 MEETS ITS CROWD

22 April 2022 1 views
First Ramadhan Bazaar in Paris after COVID-19 meets its crowd
Saturday, 9th April 2022, at 48 Boulevard Suchet in the 16th district in Paris, Rumah Malaysia hosted the first Ramadhan Bazaar after two years of COVID-19 restrictions. The event was organized by the Embassy of Malaysia in Paris with the participation of PERWAKILAN, and Paris based Malaysian entrepreneurs.
The bazaar was blessed with a beautiful sunny weather after a rainy week prior to the event. During the bazaar, visitors get to purchase savoury Malaysian kueh like Tepung Pelita, Bingka Ubi and Ondeh-ondeh. To ensure that visitors get to taste their favourite dishes and kueh a pre-order system has been set up to facilitate the buyers.
However due to the huge turnout some delicacies were fast sold out. Among other favorite dishes available for the day was Nasi Kerabu, Nasi Kukus, Murtabak, Satay, Laksa Penang, Laksam and Soto Johor. A stall dedicated for Malaysian crafts also catches the eyes of visitors where Mengkuang bags, colorful brooches and handcrafted items were on display and available for sale.
It was estimated that more than 200 people attended the event. The H.E Ambassador Dato’ Mohd. Zamruni Khalid also graced the event. Malaysians also took the opportunity to meet and to pose for photos with the H.E Ambassador who commenced his mission in Paris September last year.
A second Ramadhan Bazaar will be held on the 23rd of April 2022 at Rumah Malaysia.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Bazar Ramadhan pertama di Paris selepas COVID-19 dikunjungi ramai
Sabtu, 9 April 2022, di 48 Boulevard Suchet di daerah ke-16 di Paris, Rumah Malaysia menganjurkan Bazar Ramadhan pertama selepas dua tahun sekatan COVID-19. Acara ini dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Paris dengan penyertaan PERWAKILAN, dan usahawan-usahawan Malaysia yang berpusat di Paris.
Bazar kali ini dikurniakan cuaca cerah yang indah selepas seminggu hujan sebelum bazar diaadakan. Ketika ia berlansung, pengunjung boleh membeli kueh-mueh Malaysia yang lazat seperti Tepung Pelita, Bingka Ubi dan Ondeh-ondeh. Bagi memastikan pengunjung dapat merasai hidangan dan kueh kegemaran mereka, sistem pra-tempahan telah disediakan bagi memudahkan pembeli.
Walau bagaimanapun, disebabkan kehadiran yang luarbiasa beberapa juadah istimewa telah habis dijual. Antara hidangan kegemaran lain yang disediakan pada hari tersebut ialah Nasi Kerabu, Nasi Kukus, Murtabak, Sate, Laksa Penang, Laksam dan Soto Johor. Sebuah gerai yang didedikasikan untuk kraf Malaysia juga menarik perhatian pengunjung di mana beg Mengkuang, kerongsang berwarna-warni dan barangan buatan tangan dipamerkan dan boleh dibeli.
Dianggarkan lebih 200 orang menghadiri majlis tersebut. Duta Besar Malaysia ke Perancis Dato’ Mohd. Zamruni Khalid turut menyerikan majlis tersebut. Rakyat Malaysia juga mengambil peluang untuk bertemu dan bergambar dengan Dato’ Mohd. Zamruni Khalid yang memulakan misinya di Paris September tahun lepas.
Bazar Ramadhan kedua akan diadakan pada 23 April 2022 di Rumah Malaysia.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back