Mission News

HARI KELUARGA SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

10 November 2007 1 views

Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.

 

 

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana telah sudi untuk meluangkan masa bersama-sama Kedutaan Besar Malaysia untuk meraikan Hari Keluarga, sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang diPertuan Agong pada hari ini.

 

2.                Hari Keluarga pada tahun ini adalah istimewa, memandangkan Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-50.  Adalah amat penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus mengukuhkan perpaduan dan harmoni yang menjadi teras kepada pembangunan dan kemakmuran negara kita.

 

3.                Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat, Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi, bukan sahaja menyeru agar rakyat Malaysia menggandakan usaha untuk mencapai misi negara ke arah mencapai taraf negara maju pada tahun 2020.  Malah, YAB Perdana Menteri juga telah menyeru supaya berusaha ke arah misi negara yang menjangkau tahun 2020, iaitu ke arah tahun 2057.

 

 

Tuan-tuan dan Puan-puan,

 

4.                Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sempena Hari Keputeraan Rasmi baginda hari ini, baginda telah menyeru rakyat Malaysia agar menghayati sejarah perjuangan kelahiran Malaysia untuk benar-benar menghargai erti kemerdekaan dan kebebasan yang kita miliki. 

 

5.                Seri Paduka mengakui bahawa bukan mudah untuk rakyat berbilang bangsa dan agama mendiami sebuah negara dan berkongsi segalanya dalam keadaan aman, rukun dan damai.  ?Namun rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang kita miliki bukanlah satu halangan dan masalah, sebaliknya adalah satu keunikan yang membina kekuatan kita bersama?.

 

6.                Dalam hal ini, saya ingin menyarankan kepada tuan-tuan dan puan-puan mengenai betapa pentingnya untuk kita bekerja sebagai sebuah pasukan dan mengamalkan perpaduan terutamanya bila berada di luar negara.  Keharmonian dan perpaduan masyarakat kita akan mengharumkan nama baik Malaysia di kalangan orang ramai bukan sahaja di Perancis, malah dimana-mana kita berada. 

 

7.                Sebelum saya mengundur diri, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa Hari Keluarga termasuk ahli-ahli Persatuan Rakyat Malaysia di Perancis (MAF) kerana telah bersama-sama berusaha untuk menganjurkan Hari Keluarga pada tahun ini.  Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat bergembira bersama keluarga dan kakitangan Kedutaan melalui aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan pada petang ini.

 

8.                Dengan ini, sukacita saya merasmikan Hari Keluarga Kedutaan Besar Malaysia 2007.

 

 

 

Sekian, terima kasih.
Share:
Link copied to clipboard
Back