Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh mengundi pos bagi warganegara Malaysia di Perancis yang layak mengundi adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 28 April 2013
Masa: 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Tempat: Kedutaan Besar Malaysia
2bis, rue de Benouville,
75116 Paris, France
Telefon: +33 1 45 53 11 85
Bagi warganegara Malaysia yang telah menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pengundi, anda adalah dinasihatkan untuk memeriksa status permohonan di laman web SPR - www.spr.gov.my
Anda dikehendaki membawa bersama-sama kad pengenalan asal atau pasport bagi semakan di hari mengundi.
Kerjasama Tuan/Puan dalam hal ini adalah amat dialu-alukan.
Kedutaan Besar Malaysia,
Paris
17 April 2013