Mission News

JAMUAN TENGAHARI YANG DIHOSKAN OLEH TYT DUTA BESAR MALAYSIA KE PERANCIS BERSAMA PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA DI PERANCIS - 17 SEPTEMBER 2016

30 September 2016 1 views

 Bersempena dengan perlantikan Barisan Kepimpinan Tertinggi Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) bagi sesi 2016/2017, TYT. Dato’ Ibrahim bin Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Perancis telah sudi menghoskan jamuan makan tengahari di kediaman beliau pada 17 September 2016 bagi menunjukan sokongan terhadap kepimpinan barisan exco MASAF yang baru serta menghargai sumbangan exco yang telah berkhidmat semasa penggal yang lalu. Jamuan ini turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi Malaysia yang berada di Perancis.

 

Selain beramah mesra dengan barisan kepimpinan pelajar, TYT.  Dato’ Duta Besar juga mengambil kesempatan memberi nasihat kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran termasuk meningkatkan kemahiran-kemahiran sampingan yang lain bagi membantu mereka yang bukan sahaja terbaik dalam akademik malahan berpotensi menjadi seorang graduan yang professional dan berpengatahuan.

 

Di kesempatan ini juga, para pelajar turut berpeluang bersama dengan ketua-ketua jabatan dan agensi bagi mendengar dan mengetahui dengan lebih dekat peranan serta fungsi jabatan dan agensi terbabit serta kerjasama yang boleh dilakukan bagi membantu menjayakan visi dan misi badan pelajar dan agensi kerajaan.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back