Mission News

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KESUMBA) KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, PARIS 7 DISEMBER 2018

30 December 2018 1 views

 

Pada 7 Disember 2018, Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Duta Besar Malaysia ke Perancis.

 

Lawatan KESUMBA ke Kedutaan Besar Malaysia di Paris bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Ahli KESUMBA dengan warga Malaysia yang bertugas di Kedutaan, disamping dapat bersuai mesra dan berkongsi pengalaman.

 

KESUMBA telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Sejak penubuhan KESUMBA, seramai 180 orang ahli telah berdaftar dan keahlian ini terbuka kepada semua kakitangan wanita dan juga isteri kakitangan Universiti Malaysia Sabah.

 

KESUMBA diterajui oleh seorang Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Penolong Bendahari Kehormat dan tujuh orang ahli Jawatankuasa serta dua orang Pemegang Amanah dan Juruaudit Dalam. Penasihat KESUMBA ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back