Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia tahun 2016, Biro Agama Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Perancis telah mengadakan satu majlis Bacaan Surah Yaasin dan Doa Selamat pada 30 Ogos 2016 pada jam 5.15 petang bertempat di Surau Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Paris.
Majlis yang dihadiri oleh TYT. Dato’ Ibrahim bin Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Perancis dan semua pegawai Malaysia serta keluarga, dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin, tahlil dan bacaan doa selamat. Majlis turut diserikan dengan jamuan petang secara ‘pot luck’ yang disediakan oleh setiap keluarga. Acara ini bukan sahaja sebagai memperingati para perwira yang memperjuangkan kemerdekaan negara, malahan secara tidak langsung mempereratkan lagi silaturrahim di antara keluarga pegawai-pegawai Malaysia yang bertugas di Perancis.