Majlis beramah mesra dan makan malam pelajar-pelajar Malaysia bersama YB Dato' Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri di Nice, Perancis - 12 Disember 2013
Pada 12hb Disember 2013, bertempat di Hotel West End Promenade des Anglais, Nice, telah diadakan majlis beramah mesra dan makan malam bersama YB Dato' Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri. YB Dato' Sri diiringi oleh TYT Duta, Tan Sri Ismail Omar dan isteri serta pegawai-pegawai Kedutaan yang turut serta di dalam majlis tersebut.
Seramai 35 orang pelajar yang tinggal di bandar Nice telah hadir majlis bagi menghadiri majlis beramah mesra bersama Menteri dan makan malam yang dianjurkan oleh pihak Kedutaan. Para pelajar terdiri dari pelbagai penaja yang melanjutkan pengajian di Perancis.