Satu Majlis Ceramah Agama yang disampaikan oleh Ustaz Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mantan Mufti Perlis, telah diadakan pada hari Khamis, 28 November 2014, bertempat di Rumah Malaysia. Majlis ceramah yang bertajuk « Cabaran untuk umat Islam kini dan masa hadapan » telah di hadiri oleh TYT Tan Sri Ismail Omar dan isteri Puan Sri Suriati Mohd Sobri serta 70 warga kedutaan dan pelajar-pelajar Malaysia di Paris.
Aturcara majlis ialah solat isya berjemaah, ceramah oleh Ustaz Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan soal jawab dari jemputan yang hadir. Seterusnya majlis juga diteruskan dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh TYT Duta dan isteri.