Mission News

MAJLIS GRADUASI PARA PELAJAR MALAYSIA 2017

08 June 2017 1 views

Pada 7 Mei 2017, Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) yang bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia di Perancis telah meneruskan tradisi tahunan mereka mengadakan Majlis Graduasi Para Pelajar Malaysia 2017 di Bateaux-Mouches, Pont de l’Alma, Paris. 

 

Majlis Graduasi ini diadakan setiap tahun bagi meraikan para pelajar Malaysia yang akan menamatkan pengajian di Perancis terutamanya bagi para pelajar yang datang dari sekolah kejuruteraan atau universiti yang tidak mempunyai majlis konvokesyen.

 

Majlis Graduasi yang dirasmikan oleh TYT. Datuk Ibrahim bin Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Perancis ini telah dihadiri seramai 30 pelajar yang bergraduasi pada tahun ini dalam bidang kejuruteraan dan bahasa.  Majlis ini turut dihadiri oleh kaum keluarga pelajar yang datang dari Malaysia bagi meraikan detik manis anak dan ahli keluarga mereka.  

 

 

 

TYT. Datuk Ibrahim Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada para pelajar


 

TYT. Datuk Ibrahim Abdullah menyampaikan amanat kepada para pelajar dan merasmikan Program Graduasi Pelajar Malaysia 2017


 

TYT. Datuk Ibrahim Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada para pelajar

 

Para pelajar tahun akhir bergambar kenangan bersama TYT. Datuk Ibrahim Abdullah 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back