Satu program perjumpaan pelajar sempena hari raya Aidilfitri anjuran Pejabat Penasihat Pendidkan dan Latihan (PPL), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Paris telah di adakan di Kedutaan Besar Malaysia di Paris pada 26 Julai yang lalu.
TYT Duta Besar Tan Sri Ismail Omar dan pegawai-pegawai kanan kedutaan turut sama hadir. TYT juga menyampaikan amanat serta panduan kepada pelajar. Disamping menyambut perayaan hariraya, majlis ini juga diadakan bagi merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar di Perancis dan juga warga kedutaaan.