Sempena sambutan Maal Hijrah 1433, Kedutaan Besar Malaysia di Perancis telah menganjurkan majlis sambutan Maal Hijrah pada hari Sabtu 26 November 2011.
Selain daripada solat berjemaah maghrib, bacaan doa akhir tahun/awal tahun dan tahlil serta beberapa acara oleh ahli-ahli Perwakilan Paris dan persembahan kanak-kanak telah diadakan. Antara persembahan kanak-kanak yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut:
- Nyanyian Nasyid Pembukaan
Lagu Maal Hijrah (Raihan) dan Alif Ba Ta
- Bacaan Doa sebelum Belajar oleh Adik Shahiran bin Ridduan
- Bacaan Doa Ibubapa oleh Adik Amirah Batrisya bt Imran
- Bacaan Doa Kebahgiaan Dunia dan Akhirat oleh Adik Mohd Haikal bin Yahya
- Bacaan Surah Al-Fatihah oleh Adik Nurul Sofie bt Saharudin
- Bacaan Surah Al-Ikhlas oleh Adik Amni Haris bin Sarjanisham
- Bacaan Surah Al-Falaq oleh Adik Lutfil Hadi bin Imran
- Bacaan Surah An-Nas oleh Adik Norkhairina bt Khir Junaidi
- Nyanyian Nasyid Ya Nabi Salammu Alaih (Hijrah)
- Deklamasi Sajak” Hijrah Satu Wawasan” oleh Adik Putri Qurratu Aini bt Mohd Faris Jazlan
- Deklamasi Sajak” Ya Rasulullah” oleh Adik Khairul Irfan bin Khir Junaidi
2. TYT Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Duta Besar Malaysia ke Perancis bersama isteri Puan Sri Rositah Mohd. Mawi telah menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta kanak-kanak yang meraikan majlis berkenaan.
3. Majlis Maal Hijrah di Paris telah diakhiri dengan majlis berendoi dan bercukur jambul bayi kepada Encik Megat Fariz Zuhairin Zakaria Setiausaha Pertama, dikuti dengan persembahan Marhaban oleh ahli-ahli Perwakilan Paris, solat isyak berjemaah dan jamuan makan malam.
Kedutaan Besar Malaysia
di Paris
2 Disember 2011