Sempena Hari Kebangsaan yang ke 55, Kedutaan Besar Malaysia di Paris telah mengadakan satu majlis tahlil dan bacaan yasin diikuti dengan jamuan petang pada hari Khamis, 30 Ogos 2012.
TYT Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Duta Besar Malaysia ke Perancis dan isteri Puan Sri Dato’ Hajjah Rositah Md Mawi serta warga kedutaan telah sama-sama memeriahkan majlis tersebut.